Skip to content
Memakai kasut bertumit yang terlalu tinggi sangat digemari oleh wanita bekerja untuk kelihatan lebih yakin dan lebih tinggi.
Kadang-kadang terpaksa demi untuk kelihatan cantik.
Namun, tahukah anda pemakaian kasut bertumit terlalu tinggi dan memakai terlalu lama boleh menyebabkan masalah postur dan masalah sakit sendi?
Postur badan anda mungkin berubah menjadi sedikit bengkok sekaligus tulang belakang turut sama terjejas membengkok.
FOTO DARI : MASS4D

Kajian menunjukkan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci cenderung memberi kesan yang sangat besar pada tulang sendi pada bahagian kaki dan kesan jangka masa panjang memberi kesan pada tulang belakang.
Bayangkan jika anda tidak menjaganya, anda berkemungkinan akan lumpuh.
Tanda-tanda awal terjadinya kesan ini adalah betis mula kebas dan bahagian tulang belakang mula merasa lenguh dan tidak selesa.
1
FOTO DARI : HELO DOKTOR

Memakai kasut bertumit tinggi yang lama dan terlalu kerap secara kesimpulannya memberi masalah lain seperti dibawah;

  1. Bunion
  2. Bunionette
  3. Hallux valgus
  4. Radang otot dan urat (tendonitis)
  5. Sakit pinggang dan belakang
  6. Osteoarthritis pada sendi buku lali, lutut dan pinggul
  7. Lumbar lordosis yang melampau

Artis terkenal Zara Zya pernah dimasukkan ke hospital dan terpaksa batalkan hasratnya ke lokasi pengambaran gara-gara terlalu kerap memakai kasut bertumit tinggi. Zara memberitahu melalui status instagramnya yang beliau tiba-tiba sukar berjalan apabila bangun pagi.
Beliau turut menyarankan buat wanita di luar sana supaya kurangkan memakai kasut bertumit tinggi kerana kesan penggunaan mungkin tidak akan nampak setelah anda baru menyedari akan kesan tersebut.
Beberapa cadangan jika terpaksa memakai kasut tumit tinggi adalah seperti berikut.
1. Memakai kasut tumit tinggi pada waktu yang pendek sahaja. Jika ke makan malam, hanya memakai di dalam majlis sahaja. Selepas majlis terus bertukar kepada Sandal atau kasut bertapak rata.
2. Sentiasa peka dengan rasa tidak selesa di bahagian betis dan tulang belakang. Jika mula rasa sakit, sebaiknya berhenti dan rehat seketika memakai kasut tumit tinggi.
3. Memilih kasut bertumit yang tidak melebihi 2 inci atau jenis bertapak wedges kerana mempunyai sokongan yang lebih lebar.
how-high-heels-hurt-your-body-1
Kongsikan artikel ini dengan klik butang share media sosial dibawah supaya lebih ramai mendapat panduan dan manfaat.
Previous Article Next Article

Availability